Salam 1
Malaysia
Teori
ini konstruktivisme berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di
luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Antara
tokoh yang bertanggungjawab memperkanalkan teori ini adalah L. Vigotsky dan
Jean Piaget. Implikasi teori ini dalam P&P ialah peranan guru merupakan
pembimbing, pemudahcara serta perancang dan pelajar memainkan peranan utama
dalam aktiviti pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar adalah
faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru.
Konstruktivisme
adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid
akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan yang baru. Melalui kaedah ini, seorang guru harus menyedari
lima elemen penting sebelum mengaplikasikan langkah-langkah pengajaran.
- Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
- Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
- Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
- Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
- Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid.
Dengan lima
elimen penting pengajaran guru, maka pelajar berpeluang untuk menerima
pembelajaran secara kolektif dan dinamik antara hasil kelebihan teori
konstrutivisme .
Mampu Berfikir:
Membina
pengetahuan baru, berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan
membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Ini boleh dicapai melalui aktiviti mengumpul maklumat, memproses data, membuat
interpristasi dan membuat kesimpulan.
Memahami:
Kefahaman
mengenai sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara
langsung dalam membina pengetahuan baru. Sekiranya murid sudah dapat memahami
sudah tentulah mereka akan dapat mengaplikasikan pengetahuan baru dalam
kehidupan dan situasi baru.
Daya Mengingat:
Setelah
mereka memahami sesuatu konsep, mereka akan dapat mengingati lebih lama kerana
mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Berkeyakinan:
Mereka
belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman
mereka tentang sesuatu.Ini akan menjadikan mereka lebih yakin kepada diri
sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Berkemahiran sosial:
Mereka
boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan
masalah. Mereka akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka dan guru-guru
dalam membina pengetahuan mereka sendiri.
Rasa kesoronokan:
Mereka
membina sendiri pengetahuan , konsep idea secara aktif yang akhirnya menjadikan
mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang
hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Ini merupakan contoh pengajaran berdasarkan Konstruktivisme yang saya laksanakan di dalam kelas saya. terima kasih kepada anak murid saya 3 Gemilang kerana memberi kerjasama yang sangat baik.
mohon share.. tq :)
ReplyDeletemohon izin untuk ambil sedikit point untuk asignmnet sy, terima kasih
ReplyDeletemohon izin untuk ambil sedikit point bagi assignment saya,tq cikgu
ReplyDelete