Alhamdulillah...
Bilik Operasi KSSR sudah boleh beroprasi. Semua guru yang terlibat boleh menggunakan bilik ini.
Antara fungsi utama bilik ini ialah ;
1. Menyediakan contoh-contoh eviden dan juga instrumen penaksiran sebagai rujukan.
2. Guru-guru boleh mencetak segala prestasi dan perkembangan murid menggunakan printer yang disediakan hasil daripada inisiatif Jawatankuasa KSSR sekolah berkongsi membeli printer ini.
3. Memberi peluang kepada guru-guru KSSR berkongsi maklumat dan juga pengalaman melalui penyediaan Bahan Bantu Belajar (BBB) bersama-sama.
4. Menempatkan fail-fail sebagai rujukan yang berkaitan dengan KSSR
5. Memberi maklumat berkaitan KSSR melalui pameran dan informasi terkini.
Jom kita lihat Bilik Operasi KSSR SK Simpang Pulai.
Pintu
Mural dihasilkan oleh guru praktikal di sekolah ( Cikgu Azrul, Fatin dan kawan2)
Meja Utama
Pameran maklumat dan informasi berkaitan KSSR
Rak penyimpanan fail-fail
Bahan BBB yang dipamerkan
Bahan Bacaan berkaitan
Semoga dengan wujudnya bilik ini dapat memberi kemudahan kepada semua guru terutamanya guru KSSR.