Hujan Asid
Air
hujan yang mengandungi tahad keasidan yang tinggi (pH kurang 5) seperti air
hujan yang mengandungi asid sulfirik dan asid nitrit. Pembentukannya berkait
rapat dengan proses kondensasi yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar di
udara seperti sulfur dioksida, nitrus dioksida, karbon dioksida dan lain-lain
lagi. Bahan-bahan pencemar ini berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampu
menyerap/menarik wap-wap air ke arahnya, menjadi tepu dan akhirnya turun
sebagai hujan asid.
Punca-punca
- Perindustrian
- Kenderaan bermotor
- Stesen janakuasa elektrik
- Letupan gunung berapi
- Pembakaran terbuka
Punca daripada kegiatan manusia
Kegiatan industri :
Menghasilkan
sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di
kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan
gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.
Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.
Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.
Aktiviti sistem pengangkutan :
Asap
ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida semasa pembakaran
pada suhu tinggi di silinder kereta.
Kegiatan pertanian :
Penggunaan
baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran terbuka bungkusan
plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis
lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid
nitrik.
Punca semulajadi:
Letupan
gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon
dioksida dan karbon monoksida.
Penguraian bahan organik :
Aktiviti
bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrit dan menghasilkan gas
nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan organik dan najis
haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti
desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada hidrogen sulfida.
Anaerobik beerti dalam keadaan tidak beroksigen biasanya di kawasan air
bertakung seperti di kawasan tanah lembap. Dalam proses penurunan sulfat ini,
bakteria mendapatkan tenaga untuk hidup. Hidrogen sulfida bergabung dengan
oksigen (udara) untuk membentuk sulfur dioksida. Sulfur dioksida ini bertindak
balas dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid.
Semburan Lautan :
lautan
memang kaya dengan kandungan klorida dan sulfat yang terdapat di atas permukaan
atau di bawah lautan. Fitoplankton marin adalah merupakan sumber penting dalam
edaran sulfur di lautan di mana ianya akan membebaskan bahan sulfur yang mudah
meruap seperti dimethylsulfida (DMS). Kandungan DMS di udara akan dioksidakan
kepada sulfat dan menghasilkan hujan asid. Fitoplankton membebaskan DMS untuk
melindungi diri daripada kesan negatif kemasinan tinggi lautan dan kesan
pembekuan. Kebakaran hutan membebaskan
gas-gas pencemar seperti gas nitrogen dioksida
Kesan-kesan hujan asid
- Merosakkan tanaman dan tumbuhan.
- Meningkatkan keasidan tanah dan air.
- Menganggu kesimbangan ekosistem seperti ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.
- Melunturkan warna bangunan , mempercepatkan perkaratan.
- Menganggu kesihatan manusia.
Langkah Pencegahan/mengatasi
1. Undang-undang
ü Akta
Kualiti Alam sekitar 1974
ü mengenakan
denda, kompaun, penarikan lesen dan menyita alatan/premis yang mendatangkan
pencemaran udara/pembebas gad tercemar tanpa mematuhi peraturan.
ü laporan
Impak Alam Sekitar (EIA) bagi setiap projek pembangunan.
2. Pengurusan strategik antaranya:
ü Penggunaan
petrol tanpa plumbum
ü Penggunaan
penapis asap/gas tercemar di cerobong asap.
ü mewujudkan
zon industri
ü menggalakan
penggunaan kenderaan awam/perkongsian kereta
ü mengawal
aktiviti pembakaran hutan/terbuka
ü menggunakan
janakuasa hidro/gas
3. Pendidikan
ü kempen
, forum, seminar berkaitan penjagaan alam sekitar khasnya berkaitan pencemaran
udara.
ü Penerapan
aspek memetingkan penjagaan alam sekitar melalui subjek di sekolah/IPT.
Bagaimanakah hujan asid terhasil..?
Hujan
asid terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen-komponen tertentu seperti
karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida (NOx),
hidrokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid.
Hujan asid terdiri daripada dua jenis;
a) Hujan asid lembap (mendapan basah)
Fenomena
ini berlaku apabila pebakaran bahan api fosil dibakar dalam jumlah yang banyak
sehingga membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke
udara. Bahan-bahan ini kemudiannya disebarkan oleh angin dan akan bergabung
dengan titisan air yang turun sebagai air hujan membentuk asid sulfurik dan
asid nitrik. Hujan akan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan
asidnya tinggi. Hujan asid jenis ini aktif berlaku semasa hujan yang disertai dengan
kilat.
Nitrogen + Oksigen → Nitrous oksida → Nitrogen dioksida (NO2) + air hujan (H2O) → Asid nitrik dan asid nitrus
Nitrogen + Oksigen → Nitrous oksida → Nitrogen dioksida (NO2) + air hujan (H2O) → Asid nitrik dan asid nitrus
b) Hujan asid kering (mendapan kering)
Gas
sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aerosol asid juga
termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan
bahan lain dalam keadaan cuaca baik. Bukan itu sahaja, asid-asid tersebut
melekat pada zarah-zarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan
tanah, bangunan dan tumbuhan dan ini menyebabkan berlakunya pemendapan kering
berasid. Gas berasid ini bertindak balas dengan oksigen di atmosfera membentuk
pelbagai jenis asid (asid sulfur trioksida, asid sulfurik, asid nitrus dan asid
nitrik).
Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.
Antara contoh proses : letupan gunung berapi di mana gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan kerbon monoksida bertindak balas dengan air hujan menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.
No comments:
Post a Comment