Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran melibatkan penggunaan teknologi atau media.
Salam 1 Malaysia,
Beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
pengajaran melibatkan penggunaan teknologi dan media. Cabaran ini kita boleh
kaitakan dengan kepentingan teknologi itu sendiri.
Misalnya, kepentingan teknologi pendidikan dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Dengan kata mudah,
teknologi mampu membantu guru menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik.
Ini bermakna, sebagai seorang guru, dalam memastikan bahan pengajaran menarik
dan berkesan, ini merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi. Ini kerana,
penggunaan teknologi semestinya dapat menghasilkan karya yang lebih menarik. Guru
harus mempersiapkan diri dengan kemahiran menggunakan teknologi.
Cabaran seterusnya ialah mewujudkan
suasana yang lebih kondusif. Ini bermakna, tiada keciciran pembelajaran
dikalangan murid. Melalui penggunaan teknologi, murid diberi peluang
pembelajaran yang sama dimana murid mempunyai pelbagai keupayaan dapat
mengikuti pembelajaran berpusatkan bahan teknologi. Ini kerana, tidak semua
murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh
guru. Misalnya, guru membuat persembahan power point. Pastinya proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih aktif serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Jadi, guru harus memikul tugas dalam
memastikan sesi pengajarannya dapat menarik minat murid.
Selain daripada itu, guru seharusnya mengikuti
perkembangan teknologi semasa. Jangan hanya seperti katak dibawah tempurung.
Seorang guru harus menjadi seperti helang yang sentiasa terbang tinggi untuk
menerokai apa yang belum pernah dilihat. Guru perlu meningkatkan prestasi
pengajaran dengan meningkatkan ilmu dalam bidang teknologi yang semakin pesat
membangun.
No comments:
Post a Comment