Kitaran
biogeokimia atau kitar nutrien adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia atau
molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi.
Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat tempat
dimana unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang.
Sebelum
menerangkan lebih lanjut bagaimana aktiviti antropogenik boleh mengganggu
kitaran nitrogen, mari kita lihat proses kitaran nitrogen terlebih dahulu.
1.
Gas nitrogen di atmosfera berubah menjadi sebatian nitrat
melalui tindakan kilat, letusan gunung berapi & aktiviti bakteria pengikat
nitrogen
2.
Tumbuhan menyerap ion nitrat dari tanah melalui akar dan
menggunakannya untuk membina protein tumbuhan
3.
Apabila haiwan memakan tumbuhan, sebatian nitrogen ini
menjadi protein haiwan.
4.
Setelah haiwan & tumbuhan mati, bakteria pereputan atau
pengurai menguraikan tisu mati organisma kepada sebatian ammonium
5.
Bakteria penitritan mengubah sebatian ammonium menjadi nitrit
seterusnya nitrit menjadi nitrat
6.
Bakteria pendenitritan mengubah nitrat dalam tanah
menjadi gas nitrogen semula
Unsur nitrogen diperlukan untuk pembentukan protein dalam tumbuhan dan
haiwan. Nitrogen diudara tidak dapat
digunakan secara langsung oleh haiwan dan tumbuhan. Tumbuhan perlu dapatkan
nitrogen dalam bentuk ion nitrat terlarut
di dalam tanah & seterusnya dimakan oleh haiwan.
Oleh yang demikian,
aktiviti antropogenik seperti pembakaran bahan api fosil oleh industri dan
kenderaan akan menggangu kitaran ini. Kesan yang paling ketara ialah pemanasan
global. Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon
dioksida akibat pembakaran bahan api fosil. Aktiviti perindustrian merupakan
punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil
seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah
mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.
Penggunaan baja kimia juga akan menjejaskan peranan
bakteria pendenitritan untuk menjalankan proses mengubah nitrat dalam tanah
menjadi gas nitrogen semula. Akhirnya kandungan nitrogen dalam udara akan
berkurangan. Jika ini berlaku, kandungan nitrogen yang dianggarkan 78% berada
di atmosfera pastinya akan terjejas.
Apakah peranan mikroorganisma di dalam kitar nitrogen?
ReplyDeleteUntuk menguraikan tisu mati pada organisma bagi menghasilkan sebatian ammonium
DeleteAda empat fungsi bakteria dalam kitar nitrogen.
ReplyDelete1. Fungsi pengikat nitrogen
2. Fungsi penitratan
3. Fungsi pendinitritan
4. Fungsi pereputan
Ada empat fungsi bakteria dalam kitar nitrogen.
ReplyDelete1. Fungsi pengikat nitrogen
2. Fungsi penitratan
3. Fungsi pendinitritan
4. Fungsi pereputan
Apakah peranan bakteria pengikat nitrogen?
ReplyDeletePeranan tumbuhan legum dalam kitar nitrogen?
Deleteassalamualakum nak tanya, apa nama proses nitrat nk ke nitrogen atmosfera tu eh ?
ReplyDelete