...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

04 January 2016

♥♥♥ Welcome 2016 ♥♥♥

Alhamdulillah.. kita masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.. semoga tahun ini kita semua dapat mencapai segala impian yang masih belum tertunai hingga saat ini.. Apa azam tahun ni..?
Kalau saya azam tahun ni nak dapat 4plet dalam semua exam yang saya ambil... Macam tinggi sangat azam tu... tapi tak mustahil kan... Bak kata orang tua, azam kita tu kena tinggi, kurang-kurang kalau jatuh pon jatuh kat tempat tinggi dah... kan.. 

Ok, tahun ni saya nak share meja saya kat dalam bilik guru. Prinsip saya, kat mana-mana pon kita berada, make sure tempat kerja mesti dalam keadaan yang tip top. dalam rumah pon macam tu... Sempena semangat tahun baru ni, pada hari pertama persekolahan iaitu hari ini, saya ambil kesempatan balik sekolah lewat untuk menghias dan mencantikkan meja kerja saya...


Skirtting tu beli kat nagoya, RM3.00 semeter. Untuk meja guru macam ni beli 1.5 meter pon dah cukup, cuma ropol2 dia tak banyak la... kalau nak banyak beli panjang sikit... Jenis kain ni kain jersi.


3 huruf OLA tu nama panggilan saya. Saya beli kat Kaison RM1.90 satu huruf kalau tak silap. Tanda Assalamualaikum tu saya jahit sendiri guna kain felt. Pasu-pasu comel yang ada gambar katak, bee, ladybird tu hadiah daripada anak murid. Frame gambar tu pon anak murid yang bagi... Dah pindah dah pon budak tu... nama dia Laura..


Ni lebihan kain skirting meja tadi. Kite buh kat tempat fail2 plak... so tak da lah berhabuk fail kite tu.... Dengan 1.5 meter, boleh dapat 2 skirtting.  Unutng kan.... Bakul tu rare betul... dah dekat 8 tahun... buat sendiri... Bakul hantaran masa bertunang dulu... masih elok lagi...

Ok lah... itu jer kite nak share... semoga jadi inspirasi buat semua... Korang punyer meja kerja lagi cantik kan... Kite cikgu sekolah rendah, so meja pon ala-ala macam budak2 gak la.. hehehehe comel jer kan....

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.