Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kali ini saya nak kongsikan bagaimana mendapatkan Copyright untuk bahan Inovasi atau apa juga bentuk keluaran hasil titik peluh dan idea cikgu-cikgu khususnya untuk tujuan Hak Cipta anda.. Senang Cerita Harta Intelek... Harta Intelek ni harta kita juga cikgu2... selain kebendaan, curahan Idea juga merupakan harta kita yang perlu di wartakan pemiliknya.
Senang jer cikgu2.. layari laman sesawang berikut:
http://www.myipo.gov.my/en/home/
Cara-caranya Cikgu boleh tgk gambar di bawah dan lihat maklumatnya:
LANGKAH PERTAMA
DOWNLOAD BORANG-BORANG PENTING
1 = Klik COPYRIGHT
2 = DOWLOAD BORANG CR-1
(Isi dan lengkapkan)
( Borang yang diberi ini hanya sample sahaja, cikgu2 boleh gunakan borang ini dengan cara tukarkan borang ini kepada bentuk word. Cari dalam blog saya ini cara menukar pdf kepada word.) Atau klik link dibawah:
TUKAR PDF KE WORD
TUKAR PDF KE WORD
Borang 3 ni adalah SURAT AKUAN SUMPAH yang perlu dihantar dan dapatkan tandatangan daripada pesuruh jaya sumpah yang berdekatan dengan anda. Bayaran kepada pesuruhjaya sumpah bergantung kepada keaadaan dan cas semasa. Tapi tak mahal... hari tu saya buat RM6.00 jer.
Borang akuan sumpah ni kena print 2 helai ni. jangan jadikan sehelai walaupun nampak membazir kan.. hehehe sebab muka surat kedua tu adalah surat menyatakan lampiran gambar inovasi cikgu2.
Borang Akuan sumpah tu macam ni :
LANGKAH KEDUA
TANGKAP GAMBAR HASIL INOVASI CIKGU2 DAN MASUKKAN DALAM WORD/PDF DAN PRINT.
BAYARAN RM10 untuk 1- 25 muka surat
Jadi kalau barang/inovasi cikgu2 besar, elok tangkap gambar banyak2 dan masukkan dalam lingkungan helaian yang saya nyatakan di atas untuk menjimatkan kos...
LANGKAH KETIGA
PENGHANTARAN
Setelah semua borang selesai di isi dan dilengkapkan, cikgu2 perlu ke pejabat pos untuk penghantaran... yela, takkan nak p bengkel keta kot.. hehehehehe
sampai pejabat pos, beli WANG POS yang bernilai RM25.00
Borang CR1 (RM15) + Dokumen Inovasi Cikgu2-Kurang 25 helai (RM10) = RM 25.00
Lengkapkan wang pos tu dan isi atas nama PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
(Pekerja Pos akan bagi mungkin 2 keping wang pos atau 3 keping)
Dah selesai, masukkan dalam sampul surat dan berstem (ikut berat) atau beli Pos Ekspres yang kecil (kecil dari saiz A4) tu tak silap harga dia RM6.00 lebih kot.. dah lupe...
Pastu tunggulah surat daripada pihak MyIPO. (Proses dalam 2-6 bulan)
Tapi kalau nak cepat di proses, cikgu2 hantar email untuk mohon dipercepatkan atas alasan tertentu misalnya, hari pertandingan sudah dekat,....
Sekian....
eh jap... ada lagi....
SHARE ENTRY Saya ni....
Hehehehehe...
Share supaya lebih ramai cikgu2 kita bukan sahaja Kaya Harta Benda, tapi Kaya harta Intelek...
Jom mengKAYAkan diri dengan Harta Intelek....
Nak tanya application number di borang cr-1 dan notification number di borang cr 6 macam mana isi?
ReplyDeleteapplication CR1 tu tak perlu isi, yg tu di isi oleh pihak myIPO. CR 6 tak perlu isi kalau nak mohon, kalau nak buat pembetulan atau ada kesalahan pada borang yg dihantar sebelum ini baru isi CR6 tu.
DeleteSaya nak tanya, jika kita hasilkan modul boleh dapatkan copyright?
ReplyDeleteterima kasih cikgu...sgt membantu
ReplyDeleteArtikel ini sangat bagus dan bermanfaat! Terima kasih.
ReplyDeletetrademark Malaysia