...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................
Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

25 January 2023

PANDUAN PELAKSANAAN PDP BERASASKAN INKUIRI

 




Assalamualaikum dan salam Sejahtera...


Adakah anda seorang guru Sains?

atau Guru Matematik,,?

Ke Guru Sejarah...?

tak kisahlah anda guru apa sekali pun, tapi kalau dah nama guru, mesti akan cuba mempelbagaikan pendekatan dalam pengajaran kan...

Selalu tak amalkan PdP berasaskan Inkuiri..?

''..Maaf, saya tak pernah guna..."

"... ntah,,, saya tak faham pun..."

jawapan cliche jer kan.. heehehe

Meh lah saya cerita sikit apa itu Inkuiri... 

PdP berasaskan Inkuiri tu menggalakkan murid meneroka, menyiasat dan mencari tau sendiri bagaimana proses atau kronolgi sesuatu kenyataan/jawapan...

Ini dapat menggalakkan murid mendapatkan maklumat melalui pengalaman mereka sendiri, secara tidak langsung mereka dapat mengintegrasikan kemahiran mereka melalui penerokaan yang mereka jalankan.

Link untuk muat turun ada di bawah ...




Jemput download 


Semoga bermanfaat


13 January 2023

INLAB Senz - Projektor Terbaik untuk Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Psssttt...!!  Psssttt...!!  Psssttt...!!  

...........

Pernah tak waktu korang nak kena observe nak prepare macam2...

kena buat presentation baru gempak...!!

kena ada unsur teknologi...!!

kena ada paparan dan bunyi2 yang menarik..!!

Barulah kena dengan PAK21 kan...

Murid2 mudah faham, Cikgu2 pun gembira...


Ada kajian tau pasal pendekatan yang digunakan oleh guru dapat membantu pemahaman dan penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka. Kena cari sendirilah yang tu... Kali ini Cikgu Jumrah ingin berkongsi tentang satu alat atau medium yang sangat-sangat SYOOOOKKK dan memudahkan para guru khususnya dalam pengajaran mereka...

Baca tajuk pun dah tau kan... ha...!!! itulah tu...

Cikgu Jumrah tak nak sembang banyak, korang baca ja kelebihan dan sebab-sebab kenapa korang kena ada SENZ by INLAB ini :


Kenapa kena ada  SENZ by INLAB..???

🖍 Senang dan mudah nak pasang

🖍 Resolusi Full HD. Pasang kat kelas yang tak ada langsir atau kelas yang luas dan cerah pun jelas dan terang lagi paparan.

🖍 Jarak paparan lebih 8 meter. Semakin jauh maknanya semakin besar lah paparan dan kualiti paparan sangat menajubkan walaupun jarak yang jauh.

🖍 Tersedia dengan speaker... so... tak perlu bawa speaker masuk kelas sebab sound dia memang awesome..!! Kelas 3 bay pun tak ada masalah.. Audio Dolby certified kot...!! Kalau tengok movie macam tengok kat pawagam tau...

🖍  Menggunakan Android untuk sistem operasi. Ini bermakna boleh download apps yang boleh membantu pengajaran guru.

🖍 Screen Mirroring untuk pengguna iOS dan Android sangat membantu. So, boleh mengajar menggunakan telefon/tab/iPad tanpa sambungan wayar dan juga ianya sangat praktikal dan mobile.

🖍 Remote control yang comel dan mudah digunakan.



Dengan semua kelebihan yang Cikgu Jumrah nyatakan ini, korang memang tak rugi jika memiliki SENZ by INLAB ini. Bawa SENZ dan telefon pun boleh menjadikan pengajaran cikgu-cikgu menjadi GEMPAK...!! Sesuai sangat dengan tema mereka BE MINIMAL. Bawa 1 barang ja masuk kelas, macam2 fungsi yang cikgu-cikgu khususnya boleh guna.


Jom tonton video Cikgu Jumrah unboxing dan pasang SENZ by INLAB 



Nak beli ..???

Klik link di bawah ini :

Website Inlab Malaysia

Official Website - https://inlab.com.my/products/inlab-senz Official Shopee - https://shope.ee/8zVy4WmnFZ Official Lazada - https://s.lazada.com.my/s.fjRBK

#INLAB #SENZbyINLAB #smartprojector

Sebarang maklumat lanjut boleh imbas QR Kod di bawah ini.

Terima Kasih

18 July 2021

Pengambilan Khas PISMP Lepasan SPM (SMA/SMU & UEC) 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program seperti berikut:



1. KETERANGAN PROGRAM 
1.1 Nama Program : 
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

1.1.2 Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa. 

2. SYARAT UMUM

2.1 Warganegara Malaysia.

2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.

2.3 Sihat tubuh badan.

2.4 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

3. SYARAT AKADEMIK

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah. 

4. SYARAT TAMBAHAN

4.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) :

4.1.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)

4.2 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU):

4.2.1 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU. 

5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

5.1 Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi Iulusan Unified Examination Certificate (UEC).

5.2 Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK/SJKC/SJKT) bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU). 

6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

6.1 Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.2 Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

6.3 Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program. 

6.3 Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

7. CARA MEMOHON

7.1 Iklan permohonan akan dikeluarkan di portal KPM, facebook KPM dan media massa pada 15 Julai 2021 di laman sesawang www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my.

7.2 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat :

https://pismp.moe.gov.my mulai (16 hingga 22 Julai 2021). 

7.3 Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan Lulus e-Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG), penyediaan Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (UKF).

7.4 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, Video Kecergasan Fizikal, Syarat Bidang serta Kalendar Aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.

7.5 Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup. (22 Julai 2021).

7.6 Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.

7.7 Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.

7.8 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

PERINGATAN 
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan 
disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

22 JULAI 2021 (11:59 MALAM)

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1 
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan) 
No. Telefon : 03-83126720/6768/6758/6693/6678/6733/ 6731/6769/6689/6760



AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.