Kesatuan
Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC-
International Union of Pure and Applied Chemistry) merupakan sebuah
pertubuhan bukan kerajaan yang menerajui bidang kimia sedunia. Sistem penamaan
sebatian kimia pada hari ini adalah mengikut sistem IUPAC kerana ia mempunyai
peraturan ringkas yang boleh digunakan untuk menamakan semua sebatian organik.
Ini adalah penting untuk membezakan sebatian kimia menggunakan nama kerana
terdapat sebatian-sebatian yang mempunyai formula molekul yang sama. Ini
merupakan prinsip utama sistem penamaan sebatian organik yang dikenali sebagai
sistem penamaan IUPAC.
Berikut
menunjukkan perbezaan diantara penamaan mengikut IUPAC, sistem
penamaan konvensional dan komersial
Penamaan IUPAC
Penamaan ini sistematik dan ianya sangat penting bagi pakar kimia dan
juga saintis kerana penamaan ini sangat memberikan penjelasan nama bagi sesuatu
bahan dengan lebih jelas dan terperinci. Ini kerana, terdapat nama sesuatu
bahan kimia yang tidak ada nama konvensional dan hanya mempunyai nama yang
diiktiraf oleh IUPAC. Contohnya seperti jadual berikut;
Penamaan Konvensional / Common Name
Sistem penamaan ini diiktiraf oleh IUPAC sebagai nama yang jelas yang
mentakrifkan bahan kimia , namun tidak mengikuti konvensyen penamaan sistematik
terkini. Dengan kata lain, ianya jelas maksudnya tetapi tidak secara terperinci
berkenaan kandungan sesuatu bahan tersebut. Misalnya seperti jadual di bawah
ini;
Penamaan Komersional
Bertepatan dengan namanya, sistem penamaan ini merujuk kepada nama yang
dikomersionalkan. Biasanya penggunaan nama ini khasnya dalam bidang industri
dan perdagangan. Ia tidak menggambarkan sesuatu bahan kimia
dengan jelas atau tepat Jadual berikut menunjukkan penerangan tentang
penamaan mengikut sistem IUPAC dimana bahan tersebut biasa kita dengar dan juga
dikomersialkan.