Salam 1 Malaysia,
Sebelum saya memberi pandangan tentang topik perbincangan
kita, cuba perhatikan gambar di atas. Apa yang anda dapat katakan? Muatan
berlebihan ? Apa yang akan terjadi kepada motosikal yang ditunggang?
Semua persoalan ini akan terjawab apabila anda membaca
forum saya ini sehingga habis. Sebelum itu, ingin saya menerangkan terlebih
dahulu apa yang dimaksudkan dengan Keupayaan
Muatan atau dalam bahasa Inggeris Carrying
Capacity. Keupayaan
Muatan ialah saiz maksimum populasi yang boleh ditampung oleh persekitaran
dan bergantung kepada keperluan makanan, habitat , air dan
lain-lain yang terdapat dalam persekitaran.
Dalam konteks populasi biologi, Keupayaan Muatan ditakrifkan
sebagai beban maksimum persekitaran yang berbeza dari konsep keseimbangan
populasi. Keupayaan Muatan merujuk kepada bilangan individu yang boleh
disokong di kawasan tertentu dalam had sumber semulajadi tanpa memusnahkan alam
semula jadi, sosial, budaya dan ekonomi bagi generasi masa kini dan masa depan.
Dalam erti kata lain, Keupayaan Muatan bagi populasi dikatakan dicapai
apabila kestabilan menghampiri nilai maksimum dengan sumber yang terhad seperti
makanan, air dan bekalan. Apabila saiz populasi kecil daripada Keupayaan Muatan,
kadar pertumbuhan
populasi
adalah positif supaya
saiz populasi meningkat. Apabila saiz populasi lebih besar daripada Keupayaan Muatan,
kadar pertumbuhan
populasi adalah negatif supaya saiz populasi berkurang.
Pertumbuhan populasi akan berhenti apabila saiz populasi menyamai Keupayaan
Muatan. Keupayaan Muatan mewakili keseimbangan saiz populasi.
Maka, dapatlah dirumuskan bahawa, manusia juga mempunyai Keupayaan Muatan
maksimum dan optimum. Ini kita dapat lihat melalui penghijrahan dan juga
keperluan persekitaran. Pada pandangan saya, Keupayaan Muatan akan berubah
mengikut keadaan persekitaran. Apabila sesuatu kawasan mempunyai saiz populasi
yang tidak dapat menampung Keupayaan Muatan akan memberi kesan kepada populasi
di kawasan tersebut. Misalnya, bilangan
penduduk semakin ramai di suatu perkampungan, peluang pekerjaan tidak
diperolehi maka penghijrahan sebahagian penduduk untuk memenuhi keperluan hidup
akan berlaku. Berbeza dengan motosikal, manusia mempunyai hayat tertentu dimana
apabila berlaku kematian, Keupayaan Muatan akan meningkat yang memberi peluang
kepada individu lain dalam populasi tersebut. Manakala motosikal yang lebih
muatan seperti gambar diawal perbincangan tadi pastinya akan memberi kesan
kepada keadaan fizikal tayar motosikal tadi dan perlu ditukar ganti dengan
tayar baru. Ini bermakna, motosikal tadi mempunyai had muatan tertentu untuk
memastikan keadaan tayar selamat untuk digunakan. Namun begitu, Keupayaan
Muatan motosikal tadi juga boleh ditingkatkan dengan meningkatkan ciri-ciri
keselamatan, membesarkan boncengan dan sebagainya. Berbanding dengan manusia,
Keupayaan Muatan manusia bergantung kepada persekitaran. Keupayaan Muatan
manusia juga pastinya akan mempengaruhi saiz populasi manusia.