UNSUR LOGAM
Kebanyakan unsur yang ada
di muka bumi ini adalah logam. Logam merupakan sebuah unsur yang berkilat.
Logam merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, mudah dibentuk, dan liat.
Logam boleh memantulkan cahaya sehingga mempunyai sifat berkilat. Beberapa
logam boleh dibentuk menjadi pipih tanpa mengalami kerosakan kerana sifatnya
yang mudah dibentuk. Oleh kerana sebahagian logam bersifat liat, maka logam
tersebut boleh ditarik menjadi dawai atau kabel halus.
Salah satu logam yang
digunakan dalam industri ialah besi. Besi merupakan salah satu unsur logam
dalam sistem jadual berkala . Logam besi mempunyai simbol Fe , yang merupakan
singkatan dari ferrum . Besi (Fe) merupakan salah satu logam yang mempunyai
peranan sangat besar dalam kehidupan manusia. Kewujudannya sangat besar dan
merupakan jenis logam kedua terbanyak di muka bumi. Oleh itu, besi banyak
digunakan dalam kehidupan seharian termasuk dalam industri berat. Di muka bumi
, besi berada dalam pelbagai bentuk sebatian , misalnya beberapa sebatian yang
mengandungi Fe2O3 ( hematite ) , Fe2O3.H2O ( limonit ) , Fe3O4 ( magnetic ) ,
FeCO3 ( siderite ) , dan fes2 ( pirit ) . Untuk mencipta produk-produk
berasaskan besi, (Fe) akan dicampur dengan karbon agar memiliki sifat yang
lebih kuat mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Berikut beberapa contoh logam
dan kegunaanya;
BUKAN LOGAM
Semua
unsur bukan logam kecuali hidrogen berada pada sisi kanan jadual berkala .
Sedangkan sifat -sifat fizikal bukan logam adalah bertentangan dengan sifat
-sifat logam. Dalam bentuk padat , bukan logam ini bersifat rapuh sehingga
tidak dapat dibentuk ( tidak anjal ) dan juga tidak dapat ditarik menjadi dawai
(tidak fleksibel atau tidak liat ) . Unsur- unsurnya sendiri mempunyai stuktur
kimia yang berbeza dari logam. Bukan logam merupakan bukan pengalir letrik atau
haba yang baik. Reaksi kimia bukan logam juga berbeza dengan reaksi kimia
logam. Bukan logam tidak bertindak balas dengan larutan asid, dan jika terbakar
di udara atau oksigen, bukan logam ini membentuk oksida yang menghasilkan asid
dan air.
Jika
perhatikan jadual berkala, terdapat hanya 17 unsur bukan logam , namun unsur-
unsur tersebut merupakan beberapa unsur yang penting bagi kehidupan, seperti
karbon, sulfur, nitrogen, oksigen, fosforus, dan iodin . Separuh dari bukan logam
ini adalah gas seperti oksigen, nitrogen, dan klorin . Pada suhu 300C (860F)
beberapa unsur bukan logam dalam keadaan padat. ( seperti karbon , C) . Unsur bukan
logam lain berbentuk cecair ( seperti bromin , Br ) dan gas ( seperti helium ,
He ) . Jadual berikut menunjukkan beberapa contoh unsure bukan logam dan
kegunaannya dalam kehidupan seharian.
Jadual berikut menunjukkan perbezaan diantara sifat fizik unsur logam dan bukan logam