Sebatian kimia dibahagikan kepada sebatian organik dan
sebatian bukan organik. Pembahagian sebatian kimia kepada sebatian organik dan
sebatian bukan organik berdasarkan sumber sebatian-sebatian tersebut. Sumber
sebatian organik ialah benda-benda hidup iaitu haiwan dan tumbuhan. Sebatian organik
ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon yang terikat melalui ikatan
kovalen kpd unsur-unsur lain seperti hidrogen, oksigen, halogen, nitrogen,
sulfur atau fosforus.
Antara sifat umum sebatian organik ;
• Terdiri drp
molekul-molekul kovalen
• Maka ia
menunjukkan sifat-sifat umum sebatian kovalen:
– Takat lebur dan
didih yg rendah.
– Tidak mengkonduksi
elektrik dalam semua keadaan fizik.
– Biasanya tidak
larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik ( cth : eter & alkohol).
Karbohidrat ialah sebatian organik yang mengandungi
karbon, hidrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1, masing-masing. Karbohidrat
terdiri daripada kanji, gula dan selulosa. Makanan yang mengandungi karbohidrat
ialah nasi, ubi kentang, roti, gula dan pisang. Karbohidrat juga boleh
dikategorikan kepada karbohidrat ringkas (iaitu monasakarida dan disakarida)
seperti gula, kek dan buah-buahan; dan karbohidrat kompleks (iaitu
polisakarida) seperti kanji, pasta, roti, bijirin sarapan dan lain-lain lagi.
Karbohidrat seperti gula dan kanji membekalkan sumber tenaga utama dalam
menjalankan aktiviti harian manakala serat membantu merangsang tindakan di
usus. Setiap satu gram karbohidrat menyumbangkan sebanyak empat kalori.