...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

15 September 2014

SEBATIAN ORGANIK

Sebatian kimia dibahagikan kepada sebatian organik dan sebatian bukan organik. Pembahagian sebatian kimia kepada sebatian organik dan sebatian bukan organik berdasarkan sumber sebatian-sebatian tersebut. Sumber sebatian organik ialah benda-benda hidup iaitu haiwan dan tumbuhan. Sebatian organik ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon yang terikat melalui ikatan kovalen kpd unsur-unsur lain seperti hidrogen, oksigen, halogen, nitrogen, sulfur atau fosforus.
Antara sifat umum sebatian organik ;
      Terdiri drp molekul-molekul kovalen
      Maka ia menunjukkan sifat-sifat umum sebatian kovalen:
     Takat lebur dan didih yg rendah.
     Tidak mengkonduksi elektrik dalam semua keadaan fizik.
     Biasanya tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik ( cth : eter & alkohol).


Karbohidrat ialah sebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1, masing-masing. Karbohidrat terdiri daripada kanji, gula dan selulosa. Makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, ubi kentang, roti, gula dan pisang. Karbohidrat juga boleh dikategorikan kepada karbohidrat ringkas (iaitu monasakarida dan disakarida) seperti gula, kek dan buah-buahan; dan karbohidrat kompleks (iaitu polisakarida) seperti kanji, pasta, roti, bijirin sarapan dan lain-lain lagi. 

Karbohidrat seperti gula dan kanji membekalkan sumber tenaga utama dalam menjalankan aktiviti harian manakala serat membantu merangsang tindakan di usus. Setiap satu gram karbohidrat menyumbangkan sebanyak empat kalori.

07 September 2014

MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

Salam 1 Malaysia

Seperti sedia maklum, kebanyakan sekolah sudah diberi taklimat berkenaan dengan pemantauan Jemaah Nazir berkaitan dengan PBS di sekolah. Oleh itu, di sini saya sediakan modul perekodan mengikut matapelajaran yang cikgu ajar... 
MODUL ini adalah MODUL OFFLINE yang perlu ada dalam simpanan cikgu-cikgu..
Just klik pada TAHUN yang cikgu ajar ye.....



TAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3




Selamat mendownload.....

Lapar...?? Tak tau nak masak apa...? Jom jenguk blog masakan saya di...



MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TAHUN 3

Salam 1 Malaysia

Seperti sedia maklum, kebanyakan sekolah sudah diberi taklimat berkenaan dengan pemantauan Jemaah Nazir berkaitan dengan PBS di sekolah. Oleh itu, di sini saya sediakan modul perekodan mengikut matapelajaran yang cikgu ajar... 
MODUL ini adalah MODUL OFFLINE yang perlu ada dalam simpanan cikgu-cikgu..
Just klik pada matapelajaran yer...

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.