...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

14 March 2014

APLIKASI PENYELESAIAN MASALAH MENGGUNAKAN MODEL POLYA








Pendekatan Proses Dalam Pengajaran Penyelesaian Masalah Matematik

Salam 1 Malaysia,
Pendekatan pengajaran bermaksud cara bagaimana sesuatu bahan atau aktiviti pelajaran disampaikan berdasarkan kepada objektif pengajaran (AbuHassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin 2006). Contohnya pendekatan konstruktivisme, pemusatan pelajar, pemusatan bahan dan sebagainya.
Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah praktis yang bertujuan untuk menjana idea-idea bernas supaya dapat membentuk pelbagai penyelesaian yang lebih praktikal dan efektif (Sarimah & Abreza 2011).
Maka, pendekatan proses dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik merupakan satu tindakan yang diambil oleh guru dalam menyampaikan aktiviti pembelajaran yang dapat mencapai objektif dalam menyelesaikan masalah matematik.
Dalam memastikan pembelajaran berkesan boleh dicapai melalui penyelesaian masalah, seseorang guru perlu memastikan aktiviti yang dijalankan mestilah menjurus kepada objektif pengajarannya. Dengan cara ini, penguasaan murid dapat ditingkatkan.

Sesuatu pendekatan pengajaran perlu berlandaskan kepada model atau prinsip pengajaran misalnya daripada konsep konkrit kepada konsep abstrak dan sebagainya. Proses P&P yang dijalankan di dalam kelas perlulah beransur-ansur dan mengikut tahap kesukaran pelajar supaya pelajar mudah mengikuti penyampaian isi kandungan pelajaran. Kaedah yang telah dirancang dengan baik akan membawa hasil prestasi yang dikehendaki (Abdul Razak bin Idris & Nor Asmah binti Salleh 2011). Dan Jika seseorang guru ingin melaksanakan teknik atau kaedah yang baru dalam pengajarannya, mereka perlu memastikan kaedah tersebut mudah untuk dilaksanakan di dalam kelas dan sesuai untuk membantu pelajar menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka.

Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajarinya. Ia mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang dihubungkait rapat untuk membantu pembentukan satu set heuristik atau corak heuristik. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus dilalui oleh pelajar untuk membantunya dalam penyelesaian masalah. Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas masalah.

Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985). Model Polya digunakan di sekolah dalam kurikulum matematik bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR). Menurut Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model penyelesaian masalah Matematik yang dibina oleh George Polya. George Polya telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya ‘How to Solve It’ yang memberi tumpuan teknik penyelesaian masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik mungkin.
Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu:
i) Memahami dan mentafsir sesuatu masalah
ii) Merancang / membentuk rancangan penyelesaian

iii) Melaksanakan peneyelesaian
iv) Menyemak semula

03 January 2014

++Modul Panduan Pengajaran KSSR Tahun 4++

Salam 1 Malaysia....

Seperti yang saya janjikan, Ini dia...
Buku Panduan bagi guru2 dalam melancarkan lagi proses PDP cikgu2 semua.

Buku panduan ini dangat berguna dalam memberi idea. 
Cikgu2 boleh mengubah suai mengikut citerasa cikgu..
nama pun teacher's guide.. so sebagai panduanlah...

Okey.. selamat mendownload.

Apa? RPT xda lagi..??? Klik di sini.

Berikut merupakan panduan pengajaran berdasarkan matapelajaran KSSR Tahun 4:

( Khas untuk Sekolah Kebangsaan sahaja-SK)






Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 4

UPDATE....!!! INI DIA YANG SELAMA INI DICARI-CARI.... MODUL PJ TAHUN 4... OKEY...

Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4




  







Selamat mendownload..

Semoga kita semua menjadi guru yang bermanfaat untuk bangsa, agama dan negara...

Tinggalkan komen sebagai tanda persahabatan dan silaturrahim....

Minat Masak??? jenguk lah blog masakan saya. Klik Di Sini

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.