SEJARAH TAHUN 4
28 June 2021
SEJARAH TAHUN 4 : UNIT 7 : HUBUNGAN DIPLOMATIK KERAJAAN MELAYU AWAL DI KEPULAUAN MELAYU
17 June 2021
KERAJAAN MELAYU AWAL DI ALAM MELAYU
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera....
07 June 2021
SEJARAH TAHUN 4 : UNIT 6 : SUMBANGAN TEKNOLOGI ZAMAN PRASEJARAH
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera....
✏️ SEJARAH TAHUN 4
✏️ UNIT 6 : ZAMAN PRASEJARAH
✏️ TAJUK : SUMBANGAN TEKNOLOGI
✏️ Standard Kandungan
3.1 Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah
✏️ Standard Pembelajaran
3.1.4 Menghuraikan sumbangan teknologi Zaman Prasejarah kepada kemajuan inovasi pada masa kini.
#sejarah
#tahun4
#sejarahtahun4
#zamanprasejarah
📚 Link Quizizz: (Akan tamat 21/6/2021)
https://quizizz.com/join?gc=42425914
📚 Link Kuiz dalam bentuk Google Form:
https://forms.gle/S74HErMCjCUhoQVh8
📚 Link Video:👇
https://www.youtube.com/watch?v=TAy5VZxgOPQ
📕 Koleksi Video2 Sejarah Sekolah Rendah:
http://www.akademiyoutuber.com/2020/12/senarai-video-pdpc-subjek-sejarah.html
📕 Koleksi Video Sejarah Tahun 4:
https://youtube.com/playlist?list=PLBPFYF2lBRC1OjQA2i0MLYgebdBAtcMyA
Jom bantu saya sebarkan kepada semua guru dan anak murid supaya mereka mendapat manfaatnya.
Terima kasih.
16 January 2021
RPT PENJAJARAN 2021 - RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Cikgu Jumrah ingin berkongsi RPT yang terkini mengikut Tahun.
Perkongsian ini diperoleh daripada group yang terdapat dalam telegram.
DOKUMEN PENJAJARAN PENDIDIKAN KHAS BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2021
PENGENALAN
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0 ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada guru pendidikan khas dalam menjajarkan kandungan kurikulum pendidikan khas . Panduan ini boleh digunakan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Bagi Program Pendidikan Inklusif (PPI) guru boleh mengguna pakai penjajaran kurikulum arus perdana. Panduan penjajaran kandungan kurikulum pendidikan khas yang disediakan diharap dapat membantu guru Pendidikan Khas dalam merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Guru digalakkan untuk menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut kesesuaian dan keperluan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Penjajaran kurikulum ini juga memberi ruang kepada guru Pendidikan Khas untuk melaksanakan kurikulum secara fleksibel seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
OBJEKTIF
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0 ini disediakan bagi mencapai objektif berikut: i. Menjelaskan konsep fleksibiliti dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan khas. ii. Menjelaskan kaedah pelaksanaan penjajaran kurikulum 2.0 bagi pendidikan khas. iii. Menjelaskan cadangan dan strategi bagi merancang PdP yang bersesuaian bagi MBK.
FOKUS
Fokus penjajaran kurikulum pendidikan khas 2.0 ini adalah membantu guru pendidikan khas merancang PdP melalui penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus MBK dalam apa jua keadaan.
Download Bahan-Bahan Sokongan Berikut :
GARIS PANDUAN KONSEP PENJAJARAN
PANDUAN PENJAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS 2.0
Jangan lupa share untuk membantu rakan-rakan guru yang lain.
DOKUMEN PENJAJARAN 2.0 BAGI TAHUN 2021 (DKP 2.0)
Berikut disertakan DKP 2.0 untuk sesi persekolahan 2021 mengikut tahun.
Bahan ini digunakan untuk menjadi rujukan dalam menghasilkan RPT 2021.
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
Selamat Mendownload... Jangan lupa SHARE supaya memudahkan rakan-arkan guru yang lain.
Youtube Channel Cikgu Jumrah
Salam Sejahtera..
Hai hampa....
lama tak bersiaran kan... maaflah.. kami dok kalut perabih tesis kami...
alhamdulillah dah siap dah dan dah hantar dah....
cuma lepas ni akan kena pebetui ja mana yg kena suruh pebetui oleh SV...
Kami teringat kat pesan kawan kami... tiada yang sempurna..
So kalau hampa nak buat bagi sempurna, memamng tak jumpa... tapi kita boleh jadikan sempurna apabila kita dapat memenuhi kehendak orang yang menilai dan mengingingkan kesempurnaan..
hampa faham ka dak.. tak pa la.. kami pon jadi tak faham apa kami nak habaq..
hahahaha
Okey...
Sebenarnya kami nak cerita, kami join satu akademi ni.. bukan akademi fantasia tau...
AKADEMI YOUTUBER guru Malaysia dengan kerjasama eDIDIK dan Kelab Guru Malaysia.
Hampa boleh intai2 portal AKADEMI YOUTUBER (AYU) kat link di bawah:
Ada banyak video-video pengajaran guru-guru seluruh Malaysia mengikut subjek masing-masing. Dari sekolah rendah, sekolah menengah dan juga matrikulasi. Korang tengok sendiri lah...
Akademi ni membantu guru2 khasnya menghasilkan video untuk tontonan murid-murid dan guru-guru lain untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid khususnya...
So Cikgu Jumrah tidak ketinggalan...
Hampa tengok2 la dulu dalam channel youtube kite...
jangan lupa SUBSCRIBE, LIKE dan KOMEN tanda sokongan kalian terhadapa channel cikgu jumrah yer... mana yang tak kenal lagi siapa cikgu jumrah, hampa tgk video ni...
https://youtu.be/7lrI3-R1ouU
Terima kasih semua