23 July 2014
18 June 2014
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN (DSKP) TAHUN 5 2015
Salam 1 Malaysia,
Kawan2 semua di sini saya nak share DSKP untuk semua subjek yang akan diajar untuk murid2 Tahun 5 tahun hadapan (2015). Saya telah menghadiri 2 kursus untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang berlangsung selama 2 hari untuk setiap matapelajaran. Kalau sebelum ini, kursus seperti ini berlangsung sehingga 4 hari. Tapi mungkin sebab pihak BPK sendiri yang turun memberi taklimat untuk mengelakkan keciciran maklumat berlaku.
Bahan2 lain saya akan kongsikan kemudian.. insyaallah..
Boleh download terus.. (klik pada matapelajaran)
Selamat mendownload...
sumber : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2014/05/dokumen-standard-kurikulum-dan.html
07 May 2014
+++Upload Video ke Youtube+++
Salam kawan-kawan...
Hari ini, ola nak share macam mana nak upload Video ke dalam youtube.
Perkongsian ini membantu kawan-kawan kalau nak vdeo itu di tonton secara PUBLIC, UNLISTED or PRIVATE...
Jom belajar melalui gambar yang Ola dah sediakan...







Kalau dah upload tapi lupe nak UNLISTED or PRIVATE kannya, korang boleh edit kat sini..
tgk gambar ek...

Selamat mencuba...
24 April 2014
+++CaBaraN TeknOlogI dalam Pengajaran+++
Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran melibatkan penggunaan teknologi atau media.
Salam 1 Malaysia,
Beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
pengajaran melibatkan penggunaan teknologi dan media. Cabaran ini kita boleh
kaitakan dengan kepentingan teknologi itu sendiri.
Misalnya, kepentingan teknologi pendidikan dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Dengan kata mudah,
teknologi mampu membantu guru menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik.
Ini bermakna, sebagai seorang guru, dalam memastikan bahan pengajaran menarik
dan berkesan, ini merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi. Ini kerana,
penggunaan teknologi semestinya dapat menghasilkan karya yang lebih menarik. Guru
harus mempersiapkan diri dengan kemahiran menggunakan teknologi.

Cabaran seterusnya ialah mewujudkan
suasana yang lebih kondusif. Ini bermakna, tiada keciciran pembelajaran
dikalangan murid. Melalui penggunaan teknologi, murid diberi peluang
pembelajaran yang sama dimana murid mempunyai pelbagai keupayaan dapat
mengikuti pembelajaran berpusatkan bahan teknologi. Ini kerana, tidak semua
murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh
guru. Misalnya, guru membuat persembahan power point. Pastinya proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih aktif serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Jadi, guru harus memikul tugas dalam
memastikan sesi pengajarannya dapat menarik minat murid.

Selain daripada itu, guru seharusnya mengikuti
perkembangan teknologi semasa. Jangan hanya seperti katak dibawah tempurung.
Seorang guru harus menjadi seperti helang yang sentiasa terbang tinggi untuk
menerokai apa yang belum pernah dilihat. Guru perlu meningkatkan prestasi
pengajaran dengan meningkatkan ilmu dalam bidang teknologi yang semakin pesat
membangun.
08 April 2014
+++ Reka Bentuk Kajian +++
Salam 1 Malaysia,
Reka bentuk kajian ialah pelan
tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu
dijalankan (Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu
penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil
daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi
model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang
dikaji, dibawah menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dalam pendidikan.
14 March 2014
Pendekatan Proses Dalam Pengajaran Penyelesaian Masalah Matematik
Salam 1 Malaysia,
Pendekatan pengajaran bermaksud cara bagaimana sesuatu bahan atau aktiviti
pelajaran disampaikan berdasarkan kepada objektif pengajaran (AbuHassan Kassim
dan Meor Ibrahim Kamaruddin 2006). Contohnya pendekatan konstruktivisme,
pemusatan pelajar, pemusatan bahan dan sebagainya.
Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah praktis yang bertujuan untuk
menjana idea-idea bernas supaya dapat membentuk pelbagai penyelesaian yang
lebih praktikal dan efektif (Sarimah & Abreza 2011).
Maka, pendekatan proses dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik
merupakan satu tindakan yang diambil oleh guru dalam menyampaikan aktiviti
pembelajaran yang dapat mencapai objektif dalam menyelesaikan masalah
matematik.
Dalam memastikan pembelajaran berkesan boleh dicapai melalui penyelesaian
masalah, seseorang guru perlu memastikan aktiviti yang dijalankan mestilah
menjurus kepada objektif pengajarannya. Dengan cara ini, penguasaan murid dapat
ditingkatkan.
Sesuatu pendekatan pengajaran perlu berlandaskan kepada model
atau prinsip pengajaran misalnya
daripada konsep konkrit kepada konsep
abstrak dan sebagainya. Proses P&P yang dijalankan di
dalam kelas perlulah beransur-ansur dan mengikut tahap kesukaran
pelajar supaya pelajar mudah mengikuti penyampaian isi kandungan
pelajaran. Kaedah yang telah dirancang dengan
baik akan membawa hasil prestasi yang dikehendaki (Abdul Razak bin Idris
& Nor Asmah binti Salleh 2011). Dan Jika seseorang guru
ingin melaksanakan teknik atau kaedah yang baru dalam pengajarannya,
mereka perlu memastikan kaedah tersebut mudah untuk dilaksanakan di dalam kelas
dan sesuai untuk membantu pelajar menyelesaikan sesuatu masalah yang
timbul dalam pembelajaran mereka.
Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah merupakan satu
proses yang kompleks dan sukar dipelajarinya. Ia mengandungi satu siri tugasan
dan proses pemikiran yang dihubungkait rapat untuk membantu pembentukan satu
set heuristik atau corak heuristik. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan
yang harus dilalui oleh pelajar untuk membantunya dalam penyelesaian masalah.
Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas
masalah.
Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam
pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model
Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985). Model Polya digunakan di sekolah
dalam kurikulum matematik bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan
sekolah rendah (KBSR). Menurut Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya
merupakan model penyelesaian masalah Matematik yang dibina oleh George Polya.
George Polya telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya
‘How to Solve It’ yang memberi tumpuan teknik penyelesaian masalah yang menarik
dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik mungkin.
Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu:
i) Memahami dan mentafsir sesuatu masalah
ii) Merancang / membentuk rancangan penyelesaian
iii) Melaksanakan peneyelesaian
iv) Menyemak semula
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tentang Saya
Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.