...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

24 February 2022

MySG : MALAYSIAN SCHOOL GOVERNANCE

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Cikgu Jumrah ingin berkongsi satu dokumentasi yang tengah hangat diperkatakan dekad ini.

Apa itu MySG...?

Apa tujuan MySG itu..?

Untuk siapa MySG tu..?


Secara ringkasnya

 MySG merupakan satu garis panduan pengurusan sekolah yang komprehensif dan sistematik bertujuan untuk mengatasi isu kekaburan peranan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah serta menyeragamkan pengurusan sekolah berdasarkan program dan aktiviti dari Bahagian-bahagian KPM yang perlu ada di semua sekolah.


Untuk maklumat lanjut boleh lihat pada paparan berikut atau boleh download terus sebagai simpanan para guru dan AKP. Sekiranya perkongsian ini bermanfaat, boleh kongsikan untuk kegunaan dan manfaat bersama. Terima kasih.


MySG SEKOLAH RENDAH




MySG SEKOLAH MENENGAH





Semoga bermanfaat.

Berminat untuk download boleh klik di bawah ini:







.T.E.R.I.M.A.  .K.A.S.I.H.
 

29 October 2021

BUKU PANDUAN PBD EDISI 2

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011.

Edisi ke 2 ini diterbitkan pada tahun 2019 dan menjadi panduan untuk semua guru dalam menjalankan pentaksiran dengan baik dan saksama.

Di sini Cikgu Jumrah ingin kongsikan dalam bentuk flipbook untuk lebih mudah dicapai dan dibaca. Selain daripada itu cikgu jumrah juga kongsikan dalam bentuk pdf untuk dimuat turun. Semua bahan ini Cikgu Jumrah peroleh daripada Portal Rasmi BPK ( Bahagian Pembangunan Kurikulum)



Jika berminat untuk muat turun, boleh tekan link di bawah ini:

BUKU PANDUAN PBD EDISI 2

Ilustrasi yang lebih menarik dipaparkan dalam bentuk poster seperti yang ditunjukkan di bawah ini.










(Sumber BPK)

Kongsikan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya

26 October 2021

KOLEKSI VIDEO SEJARAH TAHUN 4 BERSAMA CIKGU JUMRAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Mencari video-video pengajaran Mata Pelajaran Sejarah Tahun 4..??

Di sini Cikgu Jumrah susun ikut unit dan sub topik.

Selamat belajar dan kongsikan dengan rakan-rakan guru dan anak murid khususnya...


UNIT 1 : MENGENAL SEJARAH

Pengertian dan Sumber Sejarah

Kaedah Penyelidikan Sejarah

Ruang & Masa

Sebab & Akibat dalam Peristiwa Sejarah


UNIT 2 : SAYA DAN KELUARGA

Biodata Diri Saya & Keluarga Saya

Peranan Anggota Keluarga Saya

Perkembangan Diri Saya


UNIT 3 : SEJARAH SEKOLAH

Tempatku Menimba Ilmu & Lokasi Sekolah

Sejarah, Identiti & Organisasi Sekolah 


UNIT 4 : SEJARAH TEMPAT TINGGAL

Sejarah Tempat Tinggal


UNIT 5 : ZAMAN AIR BATU

Zaman Air Batu


UNIT 6 : ZAMAN PRASEJARAH

Kenali Zaman Prasejarah & Lokasi Zaman Prasejarah di Negara kita

Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah

Sumbangan Teknologi

Projek Kenderaan Mesra Alam (Jom Buat: Buku Teks m/s 82)


UNIT 7 : KERAJAAN MELAYU AWAL

Kerajaan Melayu Awal di Alam Melayu & Lokasi Kerajaan Melayu Awal di Kepulauan Melayu

Hubungan Diplomatik  & Kegiatan Ekonomi Kerajaan Melayu Awal Di Kepulauan Melayu


UNIT 8 : TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

Struktur Masyarakat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Kenali Tokoh Terbilang

Peranan Tokoh Terbilang



UNIT 9 : PENGASAS KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kenali Pengasas Kesultanan Melayu Melaka , Latar Belakang Parameswara & Pengembaraan Parameswara Membina Kerajaan

Peristiwa Pembukaan Melaka,  Asal Usul Nama Melaka daripada Pelbagai Sumber & Keistimewaan Melaka Semasa Pemerintahan Parameswara 


UNIT 10 : TUN PERAK BENDAHARA TERBILANG

Riwayat Hidup Tun Perak

Peranan & Kebijaksanaan Tun Perak 


UNIT 11 : HANG TUAH LAKSAMANA TERBILANG

Riwayat Hidup Hang Tuah

Riwayat Hidup Hang Tuah (Bacaan Teks Oleh Murid SK Tasek Dermawan)

Kualiti Diri Hang Tuah

Peranan Hang Tuah


Semoga bermanfaat. Insyaalah video-video ini akan di update, doakan kesihatan Cikgu Jumrah untuk terus berkarya...

Oh ya... Jangan Lupa kongsikan kepada rakan guru dan juga murid-murid supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya.


Klik gambar di bawah untuk terus ke Channel Youtube Cikgu Jumrah

-terima kasih-


10 October 2021

TUTORIAL MENJALANKAN KELAS PdPR MENGGUNAKAN VIDEO CHAT TELEGRAM

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut saya kongsikan langkah-langkah untuk membantu guru2 menjalankan PdPR menggunakan video chat di Telegram yang berfungsi lebih baik berbanding google meet. Tapi sebelum itu, mari saya perkenalkan sedikit tentang telegram dan kelebihannya. Jom lihat pada paparan gambar rajah di bawah:




Untuk mendapatkan tutorial semua di atas boleh berkunjung ke channel youtube Cikgu jumrah :

KOLEKSI VIDEO TUTORIAL CIKGU JUMRAH







Semoga bermanfaat.... Jangan lupa hadir memberi sokongan dalam semua media sosial yang dimiliki dan atas nama CIKGU JUMRAH seperti Youtube, Facebook, Instagram, Telegram dan TikTok.


Untuk mendapatkan bahan2 softcopy boleh join channel telegram cikgu jumrah t.me/cikgujumrah

Terima kasih...




TUTORIAL MEMBINA GROUP DAN CHANNEL TELEGRAM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Berikut saya kongsikan bagaimana membina group dan channel pada Telegram



1. Klik pada 3 garisan melintang

2. Jika hendak membuka group tekan NEW GROUP, dan pilih NEW CHANNEL untuk membuka channel.  Beza group dan channel boleh lihat di bawah selepas ini, Cikgu Jumrah akan terangkan sedikit.

3. Namakan group @ kelas yang hendak di buka

4. Masukkan sekurang2nya 1 ahli untuk membina group. Untuk Channel tidak perlu



5 & 6 Klik ini untuk mendapatkan info tentang group yang dibina

7. Klik pada manage group untuk kongsikan link group

8. Tukarkarkan hidden kepada visible untuk membolehkan pelajar yang baru join membaca mesej2 yang telah disampaikan sebelum murid join group. So.. tak perlu nak cakap banyak kali. atau senang pin kan sahaja mesej yang penting.



PERBEZAAN GROUP DAN CHANNEL DI TELEGRAM


GROUP:

1. Had ahli ialah 200 000 ahli

2. Ahli disebut sebagai members

3. Ahli boleh membalas dan menulis serta menghantar sebarang media di dalam group


CHANNEL

1. TIADA HAD AHLI

2. Ahli di sebut sebagai subscribers

3. Ahli hanya boleh membaca dan menerima info. 

5. Ahli boleh memuat turun bahan yang dikongsikan.


GROUP DAN CHANNEL BOLEH....

1. Membuat Voice dan Video Chat

2. Memuat turun bahan yang dikongsikan


Kongsikan jika bahan ini membantu anda. Jangan lupa hadir menyokong channel Cikgu Jumrah di Channel; Youtube Cikgu Jumrah. Berikut adalah Link Channel Telegram Cikgu Jumrah:


t.me/cikgujumrah 


30 September 2021

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PEMBUKAAN SEKOLAH 3.0

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti yang sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan garis panduan pengoperasian dan pembukaan sekolah 3.0 yang mana garis panduan ini merupakan pembaharuan daripada edisi 2.0 sebelum ini.


Berikut disertakan link untuk di download dalam format pdf.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PEMBUKAAN SEKOLAH 3.0


Garis paduan ini juga boleh dilihat melalui animasi buku (anyflip) seperti di bawah ini:

 


 

Semoga membantu.. Kongsikan supaya lebih ramai mendapat manfaatnya.

Jangan lupa hadir ke Channel2 Cikgu Jumrah dan berikan sokongan. Terima kasih:




TERRIMA KASIH   TERIMA KASIH KERANA SUDI SUBSCRIBE.... SEMOGA ALLAH MEMBERI KEBERKATAN DAN RAHMAT UNTUK KITA SEMUA... 


21 September 2021

TUTORIAL RAKAM VIDEO PDPC GUNA TELEGRAM

 TUTORIAL RAKAM VIDEO PDPC GUNA TELEGRAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Telegram telah di update (19/9/2021) dengan versi 3.1

Apa yang menarik untuk versi kali ini...???


Terdapat banyak yang menarik untuk versi updated telegram kali ini, yang paling menarik adalah rakaman video untuk voice chat sudah boleh digunakan. Jika sebelum ini, kaman dalam bentuk format audio sahaja boleh dilakukan. Untuk versi 3.1 ini, para guru khususnya akan gembira dengan berita ini.


Selain daripada itu, admin dalam group boleh melihat berapa dan siapa yang telah membaca mesej yang telah dihantar. Menarik kan...??? Fitur ini sangat sesuai untuk guru dalam mengesan bilangan murid yang telah membaca atau menjawab soalan daripada mesej yang telah dihantar oleh guru.


Terdapat banyak lagi fitur yang menarik untuk versi 3.1 ini dan pastinya akan ada lagi fitur yang lebih menarik selepas ini.


Jom tonton bagaimana membuat rakaman video PdPC menggunakan telegram walaupun cikgu hanya mempunyai 1 screen sahaja.


Semoga bermanfaat. Kongsikan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya...


✅ LINK YOUTUBE

https://www.youtube.com/watch?v=tDd9Hl4Jnn8


✅ LINK CHANNEL

https://www.youtube.com/c/CikguJumrah


✅ KOLEKSI VIDEO TUTORIAL CIKGU JUMRAH 👇

https://youtube.com/playlist?list=PLBPFYF2lBRC13I9TUZWQDwV4gnVGTt81n


#telegram

#rakamanvideopdpc

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.